[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]
Posted by Khairunnisa (202.156.2.44) on 06:49:37 14/07/06
In Reply to: Re: Komen tentang pelajaran bahasa melayu posted by 'Anonymous' (perempuan)
Salam Sejahtera. Saya berpendapat: Saya setuju dengan saudari yang mengatakan bahawa bahasa Melayu adalah penting kerana ianya adalah bahasa ibunda kita. Jika bukan kita yang mempelajari dan mengenal dengan lebih mendalam tentang bahasa ibunda kita, siapa yang akan mendalaminya?
Akan tetapi masyarakat Melayu sekarang, terutamanya remaja tidak pula menganggap bahasa Melayu itu penting.
Pada pendapat saya, untuk memupuk semangat dan minat mempelajari bahasa Melayu, para guru bahasa Melayu perlu menjadikan pelajaran Bahasa Melayu itu satu pelajaran yang menarik, yang mana para pelajar tidak akan bosan mempelajarinya.
[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]