[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]
Posted by Sdr Hamsani bin Raoh (166.121.37.8) on 22:26:06 23/07/06
Salam Sejahtera....Saya berpendapat:
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang elok itu budi
Yang indah itu bahasa.
Sebagai golongan minoriti di Singapura, kita tidaklah harus bersikap pesimistik. Kita sama-sama bangun demi memartabatkan dan memperkasakan bahasa ibunda kita iaini bahasa Melayu.
Janganlah rasa segan ataupun malu apabila bertutur dalam bahasa Melayu.
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang hidup segar, sentiasa menerima penyerapan daripada kekata bahasa-bahasa asing.
Untuk generasi muda yang boleh berbahasa Melayu, saya ucapkan syabas dan teruskanlah visi dan misi anda. Anda merupakan golongan pelapis masyarakat Melayu yang boleh berbahasa Melayu yang baik dan boleh dicontohi oleh kepada orang-orang yang masih mahu berbahasa Melayu.
Tanpa usaha yang gigih dan berterusan, sesuatu hasil tidak dapat dilihat sebagai satu natijah yang konkrit.
Untuk bahan renungan : Tiada gambar secantik lukisan
Tiada kata secantik bahasa.
[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]