[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]
Posted by Sdri Ros Putih (166.121.37.8) on 20:41:40 26/07/06
Haruskan kita menganggap fenomena kurangnya penggunaan Bahasa Melayu satu masalah sedangkan hakikatnya ia merupakan tuntutan realiti kehidupan pada era globalisasi ini. Firasat saya, kita harus bersikap terbuka dan menganggapnya sebagai satu cabaran positif bagi menyesuaikan situasi yang sedia ada. Tegasnya, kesempatan untuk menggunakan Bahasa Melayu sememangnya amat terbatas tetapi seandainya diberi peluang penutur Bahasa Melayu perlu berusaha untuk menggunakannya secara sempurna. Sikap teguran yang kritis terhadap kemampuan mereka yang berusaha ini haruslah ditangani kerana mereka sekurang-kurangnya mencuba. Tuntasnya, galakkan yang membina perlu disampaikan agar mereka sentiasa terdorong untuk mempraktikkannya. Bahasa yang dinamik memerlukan sikap masyarakatnya yang sentiasa positif bagi menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.
[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]