Bahasa Rosak Menjejas Imej


[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]


Posted by Ana (203.125.213.30) on 00:36:22 27/07/06

Pada pendapat saya, masalah penggunaan bahasa Melayu yang rosak adalah satu masalah yang semakin serius, lebih-lebih lagi di kalangan remaja. Penggunaan bahasa ini bukan bahasa pasar, tetapi perkataan-perkataan moden yang kesat, yang direka hanya sejak kebelakangan ini. Bahasa rosak ini bayak digunakan oleh remaja Melayu di khalayak ramai, lebih-lebih lagi apabila dalam kumpulan-kumpulan yang besar. Ucapan seperti “hisap konek” atau “gi mampos” adalah tidak sesuai sekali, dan mencemarkan imej kaum Melayu yang sopan-santun, berbudaya dan yang lebih penting, rasa malu. Ramai remaja kami menggunakan bahasa rosak, dan ia seperti mereka tidak berpelajaran langsung. Yang lebih merosakkan situasi ini adalah berbagai-bagai masalah sosial yang dihadapi remaja Melayu.

Saya rasa masalah ini tidak dapat diatasi atau susah untuk diatasi kerana masalah remaja hanyut yang menggunakan bahasa ini sudah terlalu serius. Sebenarnya, ini berlaku untuk semua bahasa dan kaum, tetapi yang jelas, masalah remaja Melayu adalah yang paling ternyata.

Mungkin orang Melayu tidak lagi orang yang bersopan-santun dan malu, malah kini sudah menjadi bangsa yang mempromosikan penggunaan kata-kata kesat dan nilai-nilai hedonistik?

Sebab nilai setitik, rosak susu sebelanga.



Follow Ups:



Post a Followup

Name:
E-Mail:
Subject:
Comments:
Optional Link URL:
Link Title:
Optional Image URL:

[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]