[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]
Posted by Minda tajam (203.125.213.30) on 00:54:48 27/07/06
Sebagai seorang individu, saya sedar akan kepentingan bahasa Inggeris yang akan membantu seseorang itu cekal mengharungi arus globalisasi. Walau bagaimanapun, globalisasi tidak harus dijadikan punca kepupusan bahasa dan kemudian bangsa. Sebagai contoh, isi sukatan pelajaran Melayu kurang membuka minda dan kurang mendalam; akibatnya, pelajar akan hanya menganggapnya sebagai bahasa komunikasi yang tidak lebih kurangnya. Malah, langkah pembaharuan terhadap mata pelajaran bahasa Melayu hanya diambil baru-baru ini sahaja; aktiviti-aktiviti interaktif yang seharusnya diimplementasikan baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2006. Jelas, jika polisi pendekatan ini tidak bertumbuh atau bertambah baik, kita harus bersedia menghadapi kemungkinan kemusnahan bahasa.
[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]